2 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang Bulan Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang Bulan Oktober 2013

Majlis Perbandaran Kluang
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang Oktober 2013.

Tarikh tutup: 31 Oktober 2013.

Majlis Perbandaran Kluang merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap Pentadbiran, perancangan mampan dan pembangunan serta Kecantikan Perbandaran Kluang.

Lokasi Kluang yang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta'zim, dikelilingi oleh daerah-daerah, kecuali Muar. Keluasan kawasan Daerah Kluang adalah 2,8518.8 kilometer persegi manakala kawasan pentadbiran Majlis ialah 126.57 kilometer persegi. Kluang dihubungkan ke bandar-bandar lain melalui rangkaian jalanraya dan kereta api.

Majlis Perbandaran Kluang yang telah diberi kuasa melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan lain-lain Akta berkaitan serta undang-undang untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. Sejarah penubuhan jawatan Penguasa tempatan bermula pada tahun 1920 ketika Lembaga Perbandaran Kluang dibuka. Lembaga Perbandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kluang pada tahun 1957, Majlis Daerah Kluang Utara pada tahun 1977 dan seterusnya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kluang pada 08 Mei 2001.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

01. Penolong Juruaudit W27
02. Penolong Akauntan W27

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau boleh juga dimuaturun melalui pautan yang kami sediakan di bawah:


b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
Yang Dipertua
Wisma Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Kota Tinggi
86000 Kluang

c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah.

d) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab A 1973 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

e) Iklan asal (termasuk kelayakan, kenaikan pangkat dan lain-lain) bagi jawatan kosong Majlis Perbandaran Kluang ini boleh dibaca melalui pautan yang diberikan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!