Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


22 Jawatan kosong UiTM Perak Bulan Oktober 2013

UiTM Perak
Jawatan kosong UiTM Perak Bulan Oktober 2013.

Tarikh tutup: 07 Oktober 2013.

Universiti Teknologi MARA cawangan Perak mulanya ditubuhkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan kemudian dibuka secara rasminya pada tahun 1985 di Bandar Baru Seri Manjung.

Kampus kini adalah terletak di Bandar Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah dengan keluasan kira-kira 392.36 ekar. UiTM Perak telah memulakan operasinya pada 1 Januari 1999. Kampus ini terletak pada lokasi strategik di jalan utama Ipoh-Lumut, yang menyediakan akses terus ke Ipoh dan Lumut.

UiTM Perak telah membina asrama baru bagi pelajar yang mampu menampung maksimum pelajar 8 000. Pada masa ini, terdapat 9665 pelajar sepenuh masa dalam 30 program dan 418 pelajar separuh masa dalam 7 program. Bilangan pensyarah 539 sepenuh masa dengan dibantu seramai 359 kakitangan pentadbiran dan kakitangan sokongan.

Di UiTM Perak, selain bilik darjah, Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan adalah 38 makmal komputer dengan lebih daripada 1,000 buah kompuetr, 10 technology-enabled classroom (TEC), studio, bengkel bangunan dan seramik, Dewan Serbaguna, Perpustakaan dan pelbagai kemudahan-kemudahan sukan dan seni.

UiTM Perak dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM (Perak), Kampus Tapah Fasa 2/Kampus Sri Iskandar.

01. Penolong Pendaftar N41
02. Pustakawan S41
03. Pegawai Psikologi S41
04. Pegawai Kesatria S41
05. Pegawai Perubatan UD47
06. Penolong Pegawai Sains C27
07. Pegawai Eksekutif N27
08. Penolong Pegawai Kesatria S27
09. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) S27
10. Penolong Pegawai Perubatan U29
11. Jururawat U29
12. Penolong Pegawai Farmasi U29
13. Juruteknik Komputer FT17
14. Pembantu Setiausaha Pejabat N17
15. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
16. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
17. Pembantu Pemuliharaan S17
18. Pembantu Perpustakaan S17
19. Pembantu Kesatria S17
20. Pengawal Keselamatan KP11
21. Pembantu Perawatan Kesihatan U3
22. Pembantu Am Pejabat N1

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM Perak.

b) Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Perak yang kami kongsikan di bawah.

c) Harap maklum bahawa permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

e) Sila kemukakan permohonan lengkap dan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
KAMPUS TAPAH
35400 TAPAH ROAD
TAPAH
PERAK DARUL RIDZUAN

f) Iklan asal jawatan kosong UiTM Perak ini boleh dicapai di pautan berikut:


g) Borang permohonan bagi jawatan kosong yang diiklankan UiTM Perak, boleh didapati dengan mengikuti pautan berikut:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dipanggil ke temuduga kerja kerana lemah dalam penulisan resume? Anda patut tahu bagaimana untuk menulis resume kerja yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!