3 Jawatan Kosong Majlis Daerah Segamat Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan Kosong Majlis Daerah Segamat Bulan November 2013

MDS - Majlis Daerah Segamat
Jawatan Kosong MDS - Majlis Daerah Segamat November 2013.

Tarikh tutup: 08 November 2013.

MDS - Majlis Daerah Segamat asalnya merupakan sebuah lembaga bandaran yang ditubuhkan pada tahun sekitar 1912. Ia kemudiannya dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaran pada tahun 1951 dengan berkuatkuasanya Ordinan Pilihanraya Penguasa Tempatan 1950 hingga 1970.

Pada 01 Januari 1977 melalui Akta Kerajaan Tempatan,, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara, kemudiannya pada tahun 2001 namanya sekali lagi bertukar kepada Majlis Daerah Segamat. Kini, MDS merupakan sebuah Penguasa Tempatan di Negeri Johor. Berautonomi sendiri yang mempunyai luas kawasan 103,55 batu persegi dengan bilangan penduduk seramai 92 ribu orang mengikut bancian pada tahun 1991, manakala kadar pertambahan penduduk adalah sekitar 1.8% setahun.

Permohonan adalah dipelawa daripadarakyat Negeri Johor serta warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan di MD Segamat seperti di bawah:

01. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32
02. Penolong Pegawai Penilaian W27
03. Pembantu Penguatkuasa N17

Cara memohon:

a) Iklan asal jawatan kosong Majlis Daerah Segamat ini boleh dicapai melalui pautan yang disediakan di bawah:


b)  Sebarang pertanyaan berkenaan cara memohon dan sebagainya boleh dikemukakan melalui mana-mana saluran di bawah:

Majlis Daerah Segamat
No 1, Jalan Abdullah,
85000 Segamat,
Johor Darul Ta'zim

Tel: 07-9314455 / 07-9312708
Faks: 07-9312712

Emel: mdsgt@johor.gov.my

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!