3 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Oktober 2013

Majlis Perbandaran Kajang
Jawatan Kosong MPKJ - Majlis Perbandaran Kajang Oktober 2013.

Tarikh tutup: 14 Oktober 2013.

Visi MPKJ - Majlis Perbandaran Kajang ialah mewujudkan perbandaran yang selesa, selamat, maju dan aktif (SeSMA) kepada para pelanggan berteraskan budaya kerja Mesra, Cepat, Tepat, Mudah, Efisyen dan Efektif (MCT MEE).

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan (keutamaan kepada anak jati Selangor) untuk menyertai MPKJ dengan mengisi kekosongan jawatan di bawah:

01. Pegawai Tadbir N41
02. Mekanik (Tukang K2 – R11)
03. Pemasang Dawai/Wireman (Tukang K3 – R9)

Cara memohon:

a) Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap borang.

b) Selain itu, borang permohonan juga boleh dimuaturun melalui pautan yang kami sediakan di bawah nanti.

c) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan (binding) dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

d) Setelah semuanya sudah lengkap, sila hantarkan permohonan anda ke alamat permohonan berikut:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia)

e) Iklan asal jawatan kosong MPKJ ini termasuk syarat lantikan dan kelayakan yang diperlukan boleh dibaca melalui pautan berikut:


f) Borang permohonan jawatan kosong MPKJ ini boleh dimuaturun menggunakan pautan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!