3 Jawatan Kosong UTHM Bulan Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan Kosong UTHM Bulan Oktober 2013

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Jawatan Kosong UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2013.

Tarikh tutup: 18 Oktober 2013.

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pengisytiharan penukaran nama Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) telah diumumkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 April 1996 sebagai mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangannya dalam menangani isu pembangunan sumber manusia dalam bidang teknikal di negara ini.

Pada sekitar 30 September 2000, Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan penetapan taraf ITTHO kepada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pengiktirafan ini telah meletakkan KUiTTHO sebaris dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini. Akhirnya pada 01 Februari 2007 KUiTTHO telah bertukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil penjenamaan semula semua Kolej Universiti di seluruh Malaysia.

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP/ SEMENTARA/ KONTRAK bagi jawatan diiklankan seperti berikut:

01. Artis Budaya B27
02. Pembantu Kesihatan Awam U17
03. Pemandu Kenderaan R3

Cara memohon:

a) Syarat lantikan boleh dibaca dan proses permohonan adalah secara online melalui sistem perjawatan online UTHM yang dikongsikan di bawah:


b) Tempoh sahlaku permohonan adalah 9 bulan daripada tarikh tutup permohonan.

c) Pengguna kali pertama dikehendaki mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!