4 Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

4 Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Oktober 2013

KETENGAH
Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Oktober 2013.

Tarikh tutup: 31 Oktober 2013.

KETENGAH - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Sekitar 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah sekarang seluas 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu Darul Naim.

Pada ketika ini, KETENGAH - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan juga Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada calon yang merupakan anak jati atau sekurang-kurangnnya menetap di Negeri Terengganu bagi jawatan-jawatan berikut:

01. PEGAWAI TADBIR (TETAP - 4 Kekosongan)
02. JURUUKUR (TETAP - 1 Kekosongan)
03. JURUTEKNIK AWAM (TETAP - 1 Kekosongan)
04. PEMANDU KENDERAAN (TETAP - 3 Kekosongan)

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang KETENGAH yang kami kongsikan di bawah:


b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

c) Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.

d) Permohonan hendaklah sampai kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

e) Iklan asal jawatan kosong KETENGAH boleh dibaca melalui pautan yang dikongsikan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!