Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


5 Jawatan Kosong Al-Maahad Al-Mahmud Bulan November 2013

Lembaga Maktab Mahmud
Jawatan Kosong Al-Maahad Al-Mahmud November 2013.

Tarikh tutup: 07 November 2013.

Lembaga Maktab Mahmud atau kekadang juga dipanggil sebagai Al-Maahad Al-Mahmud adalah merupakan Sekolah Agama di bawah naungan Sultan Kedah. Al-Maahad Al-Mahmud telah ditubuhkan pada hari hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 Hijrah (19 Jun 1936).

Pembelajaran akademik yang diajarkan di sini adalah berasaskan silibus al-Azhar. Sehingga kini, cawangan Al-Maahad Al-Mahmud telah bertapak di seluruh Negeri Kedah Darul Aman dengan kampus utamanya di Alor Star, Kedah. Moto Al-Maahad Al-Mahmud ialah ‘Al-Ilmu Nur’ sementara lagu rasminya pula ialah 'Ya Ma'hadan'.

Permohonan adalah dipelawa daripada seluruh Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat, beriman dan ikhlas untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

01. GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH GRED DC41:

-Bidang Bahasa Arab
-Bidang Pendidikan Islam
-Bidang Bahasa Dan Kemanusian
-Bidang Sains Dan Matematik
-Bidang Bahasa Inggeris

Cara memohon:

a) Muaturun borang permohonan melalui laman web Lembaga Maktab Mahmud (LLM) atau menggunakan link yang kami sediakan di bawah:


b) Print dan lengkapkan borang permohonan tersebut. Jangan lupa sertakan salinan dokumen-dokumen dan sijil-sijil akademik yang telah disahkan.

c) Hantarkan ke alamat di bawah:

Setiausaha
Lembaga Maktab Mahmud,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

d) Penting:  Sila sertakan Wang Pos bernilai RM5 dibayar atas nama ‘SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD’ sebagai yuran pemprosesan.

e) Iklan asal jawatan kosong Al-Maahad Al-Mahmud ini (termasuk syarat lantikan) boleh dicapai melalui pautan yang disertakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!