5 Jawatan Kosong (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

5 Jawatan Kosong (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris Oktober 2013

UPSI
Jawatan Kosong (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris Oktober 2013.

Tarikh tutup: 21 Oktober 2013.

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris dan jauh sebelum ini sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris.

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan ini mempersilakan calon-calon yang sesuai dengan kelayakan yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan-jawatan kosong bukan akademik yang disenaraikan di bawah:

01. JURUTERA (MEKANIKAL) J41
02. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
03. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
04. AHLI MUZIK (KEYBOARDIST/PROGRAMMER) B17
05. PENYELIA ASRAMA N17

Cara memohon:

a) Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun di sistem Online Job Application UPSI yang kami sertakan di bawah:


b) Bagi permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, anda tidak perlu mendaftar semula / mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

c) Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan di dalam sistem online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan mengakibatkan penolakan.

d) Untuk jawatan bukan akademik di atas, anda tidak perlu menghantar sebarang cetakan CV, dokumen permohonan / sijil-sijil hardcopy / fotostat ke UPSI setelah memohon secara online, KECUALI jika / setelah diminta berbuat sedemikian.

e) Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia UPSI di talian 05-4506328 (Pn. Nur Ashikin, En.Mustafa, Cik Norlina) / 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul Ashikin) atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan lanjut.

f) Iklan asal jawatan kosong UPSI ini boleh dicapai melalui pautan yang ada di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!