Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


6 Jawatan Kosong (KUIM) Kolej Universiti Islam Melaka November 2013

(KUIM) Kolej Universiti Islam Melaka
Jawatan Kosong (KUIM) Kolej Universiti Islam Melaka November 2013.

Tarikh tutup: 04 November 2013.

Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka. KUIM ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010, KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 01 Julai 2009 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sebelum ini, KUIM asalnya dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM), selaras dengan penjenamaan semula ini maka KUIM telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi.

KUIM mempelawa permohonan daripada calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang diiklankan seperti berikut:

01. Pegawai Tadbir (Kewangan) Gred N41  
02. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
03. Penolong Jurutera Gred  J29
04. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred N27
05. Pembantu Tadbir Gred N17
06. Pengawal Keselamatan Gred  KP11

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama:

- Salinan Ijazah / Diploma / Sijil yang telah disahkan.
- Salinan Sijil Kelahiran dan kad pengenalan.

b) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Kolej Universiti Islam Melaka dan dihantar kepada:

PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
KM 45, KUALA SUNGAI BARU
78200 MELAKA
(U/P: UNIT PERJAWATAN)

c) Iklan asal jawatan kosong Kolej Universiti Islam Melaka boleh dibaca melalui pautan yang disediakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!