7 Jawatan Kosong Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

7 Jawatan Kosong Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan 2013

MAIK
Jawatan Kosong MAIK Oktober 2013.

Tarikh tutup: 14 oktober 2013.

MAIK - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915. Ini berlaku melalui perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhan MAIK adalah bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di MAIK - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang diiklankan seperti berikut:

01. Pegawai Hal Ehwal Islam
02. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
03. Pembantu Hal Ehwal,
04. Pembantu Tadbir
05. Pekerja Awam
06. Pembantu Am Pejabat
07. Pegawai keselamatan

Cara memohon:

a) Calon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Boleh juga muaturun dengan menggunakan pautan yang kami sertakan di bawah.

b) Calon dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

c) Salinan hendaklah disahkan bagi sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

d) Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

e) Iklan asal jawatan kosong MAIK ini boleh dibaca melalui pautan yang disediakan ini:


f) Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 boleh dimuaturun melalui pautan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!