Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


8 Jawatan kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Oktober 2013

Jawatan kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jawatan kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Oktober 2013.

Tarikh tutup: 05 Oktober 2013.

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Ia serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Matlamat penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri Selangor.

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di WP Labuan dan WP Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan. Masing-masing pada 16 April 1984 dan 01 Februari 2001. Pewujudan MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, Akta 505.

Dengan berbesar hati, MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan ini mempelawa kepada para calon-calon yang terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan berikut:

01. Pegawai Hal Ehwal Islam
02. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
03. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
04. Pembantu Hal Ehwal Islam
05. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
06. Juruteknik Komputer
07. Pemandu Kenderaan
08. Pembantu Am Pejabat

Cara memohon:

a) Sila layari pautan yang kami sediakan di bawah untuk membuat memuaturun Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08.

b) Calon dikehendaki mencatitkan nama jawatan yang dipohon di Bahagian atas, sebelah kiri sampul surat.

c) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

d) Borang permohonan yang telah lengkap beserta salinan dokumen (disahkan) yang diperlukan hendaklah dihantar kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
ARAS 1, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR

e) Syarat lantikan dan kelayakan setiap jawatan kosong di atas boleh dibaca melalui pautan ini:


f) Senarai penuh kekosongan jawatan yang diiklankan boleh disemak menggunakan link ini:


g) Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 boleh dimuturun dengan mengikuti pautan ini:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!