9 Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

9 Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia Oktober 2013

UKM
Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia Oktober 2013.

Tarikh tutup: 17 Oktober 2013.

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Ia adalah Universiti ketiga ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Ketika awal penubuhan UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia, ia mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974).

Universiti Kebangsaan Malaysia lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an yang menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya ditubuhkan. Hasrat ini akhirnya tercapai apabila timbul keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.

UKM dengan ini mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai mereka dengan mengisi mana-mana kekosongan jawatan yang diiklankan di bawah:

01. Pegawai Kewangan W41
02. Pegawai Tadbir N41
03. Pembantu Kesihatan Awam U17
04. Penolong Akauntan W27
05. Penyelia Asrama N17
06. Setiausaha Pejabat N27
07. Pegawai Penyelidik Q41
08. Pegawai Pergigian U41
09. Pegawai Perubatan UD43

Cara memohon:

a) Permohonan jawatan-jawatan kosong UKM ini hendaklah dilakukan secara atas talian sahaja. Tiada surat menyurat diperlukan.

b) Pengguna kali pertama dikehendaki terlebih dahulu mendaftarkan diri ke dalam sistem permohonan mereka.

c) Pemohon sedia ada boleh terus login dan meneruskan proses permohonan.

d) Iklan asal jawatan kosong UKM ini boleh dibaca melalui pautan yang disertakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!