Deskripsi Tugas & Penempatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Deskripsi Tugas & Penempatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Deskripsi Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Deskripsi Tugas & Penempatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

Deskripsi Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41:

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

Penempatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41:

Calon yang berjaya dalam peperiksaan bertulis dan lulus temuduga akan dilantik ke dalam skim perkhidmatan. Agak susah untuk menjangka dimana anda akan ditempatkan bertugas kelak. Walaupun begitu, biasanya Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 akan ditempatkan di kementerian, jabatan atau agensi berikut:

- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

- Kementerian Kesihatan Malaysia.

- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

- Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

- Institut Sosial Malaysia (ISM).

- NAM Institute for the Empowerment of Women Malaysia (NIEW).

Syarat Lantikan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41:

- Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

- Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

KPSL Pegawai Pembangunan Masyarakat S41:

Calon sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan sebagai 'Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat' adalah layak dipertimbangkan untuk KPSL ke jawatan 'Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41'. Tertakluk kepada kekosongan jawatan, dengan memenuhi syarat-syarat berikut:

- Telah disahkan dalam perkhidmatan, dan

- Mempunyai mana-mana syarat lantikan di atas atau lulus Peperiksaan Khas, dan

- Berusia kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

----------------------

P/s: Masih lagi belum bersedia? Masih juga berteka-teki tentang apa yang bakal ditanya dalam peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 itu nanti? Jangan bimbang, semuanya ada di dalam pakej rujukan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini!

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!