Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Exam Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat - 4 Tips Lulus!

Tips Lulus Exam Bertulis PPM S41
Exam Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat - 4 Tips Lulus!

Agak lama juga rasanya kami tidak berkongsikan sebarang tips untuk exam bertulis untuk skim perkhidmatan Gred 41. Jadi kali ini kami di Blog Tips Kerjaya nak kongsikan 4 tips utama bagaimana calon lulus exam bertulis SPA untuk jawatan kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Gred S41. Tips-tips di bawah ni kalau sekali imbas nampak seolah terlalu mudah. Semua orang boleh fikir. Tapi di situlah masalahnya. Terlalu mudah pada anggapan sesetengah orang sehingga mereka 'abaikan'.

Tips Lulus Exam Bertulis - 1: Jangan Tidak Hadir!

Mungkin anda tidak percaya. Mengikut data sedia ada, jika SPA memanggil 7 ribu calon, yang hadir pasti tak sampai 7 ribu. Paling baik pun mungkin hanya sekitar 70 peratus sahaja daripadanya yang hadir. Yang lain-lain? Semua orang ada masalah, hanya Allah yang tahu atas sebab apa mereka tidak dapat datang. Pasti sebab yang berbeza dan pelbagai.

Nah! Jika anda calon dan anda hadir pada hari peperiksaan, peluang anda sudah bertambah cerah untuk lulus sekurang-kurangnya sebanyak 10 peratus! Alhamdulilah.

Nota*
Exam Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 kali ini diadakan pada hari Sabtu. Anda rasa berapa ramai yang tidak hadir kerana cuai, terlupa, kurang sihat, bercerai, surat panggilan tidak sampai dan pelbagai lagi masalah lain? Inilah peluang anda!

Tips Lulus Exam Bertulis - 2: Tahu Format Soalan!

Ini memang masalah utama calon. Boleh dikatakan hampir 60 peratus calon tidak tahu bentuk soalan peperiksaan bertulis yang akan mereka duduki. Masuk exam, terkedu. Alangkah baiknya jika anda tahu bentuk, jumlah dan jenis soalan. Pasti calon menjadi lebih yakin dan tenang untuk menjawab.

Jika anda tahu format, bukankah peluang untuk lulus exam bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 lebih besar berbanding mereka yang tak tahu format?

Iya. Memang exam Pegawai Pembangunan Masyarakat ini mengandungi 4 seksyen utama yakni Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah, Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris. Tapi Tahukah anda seksyen utama ini akan dibahagikan lagi kepada pecahan-pecahan kecil? Tahukah anda contoh-contoh soalan bagi setiap seksyen bahkan pecahan-pecahan itu? Dan tahukah anda bagaimana menulis esei Bahasa Inggeris dengan baik?

Apa? Tidak tahu? Jangan bimbang. Teruskan membaca tips-tips simple ini kerana di akhir post ini penyelesainya turut kami kongsikan. Cuma mahu atau tidak sahaja.

Tips Lulus Exam Bertulis - 3: Luangkan Masa Membaca, Menulis dan Mengira!

Eh.. macam sekolah rendah pula. Kemahiran 3M. Haha..

Bagi calon yang masih menganggur, bolehlah. Tapi untuk calon yang sudah bekerja, memang ini masalah buat mereka. Membaca bolehlah tapi mana ada masa untuk menulis panjang-panjang setiap hari. Siapa ada masa menyelesaikan masalah Matematik yang remeh-temeh bila perlu menyelesaikan arahan yang diberi oleh bos?

Jika anda berupaya membaca akhbar setiap hari tanpa gagal (bukan cerita artis atau sukan!), berupaya berlatih menulis esei panjang setiap hari dan berupaya meluangkan waktu menyelesaikan ujian Matematik pada tiap masa lapang, maka tidak ada masalah buat anda! Tahniah untuk anda! Anda pandai sekali megurus masa dan mahir mengambil kesempatan untuk study.

Anda mungkin 'senyum' pada 19 Oktober 2013 ini kerana peluang untuk anda lulus lagi bertambah sebanyak 20 peratus!

Bagaimana pula kalau memang betul-betul sibuk dan sukar mencari masa untuk membaca pelbagai maklumat, menulis esei dan lain-lain itu? Teruskan saja bacaan anda kerana ada penyelesaian mudah untuk anda (tapi perlu sedikit modal lah).

Tips Lulus Exam Bertulis - 4: Study Berfokus!

Banyak sangat benda hendak dibaca. Takkan kena tahu semua perkembangan semasa dan perkara yang berlaku di sekeliling? Nak baca yang mana satu?

Ia seperti anda menembak rusa di hutan dengan mata tertutup dengan harapan ' mungkin terkena'. Berapa peratus untuk tembakan anda terkena agaknya? Jawapan - lebih rendah daripada 0 peratus!

Tapi alangkah bagusnya kalau anda tahu dimana kawasan rusa selalu minum, memburu pula dengan mata terbuka, memakai pakaian tebal, membawa bekal makanan malahan siap bawa lampu picit kalau-kalau malam menjelma. Itu baru pemburu namanya. Demikian juga, anda tahu apa yang perlu dibaca dan apa yang perlu difokuskan. Mereka yang berjaya semasa peperiksaan bertulis adalah mereka yang membuat persediaan yang bukan setakat RAPI bahkan TEPAT sebelum menduduki peperiksaan.

Sama juga seperti kes ini: anda dengar tips yang menyuruh anda membaca buku 'Malaysia Kita' yang sangat tebal itu kerana buku itu mempunyai banyak maklumat am mengenai Malaysia. Iya, buku itu memang bagus. Tidak disangsikan. Tapi anda mahu baca semua? Kalau ada masa dan kalau rajin, silakan! Tapi kenapa tidak fokus kepada beberapa bab sahaja yang berkemungkinan besar keluar? Bukankah ini lebih sesuai? Bukankah ini lebih bijak? Hafalan juga menjadi lebih baik dan kuat.

Selain itu, soalan peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (anjuran SPA) yang lepas ada menyentuh berkenaan 'Teknologi Hijau', ' Konsep 1Malaysia' dan 'GTP - Government Transformation Programme'. Cuba teka, adakah topik semasa dan hangat itu ada di dalam buku 'Malaysia Kita' itu? Jawapannya - tiada!

Jadi kalau begitu, apa penyelesaiannya?

Kenapa tidak mengambil sahaja pengalaman Syarikat Infokerjaya Resources yang dulunya dikenali sebagai Team Tipsptd. Bagi yang belum tahu, Syarikat Infokerjaya Resources adalah syarikat pengeluar dan pengedar eBook-eBook panduan exam bertulis pelbagai Gred 41. Mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor rujukan 002091193-K.

Syarikat ini telah membantu ribuan calon menduduki pelbagai exam bertulis Gred 41 anjuran SPA. Termasuklah exam bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, Pegawai Penerangan S41, Pegawai Antidadah dan lain-lain. Jadi mereka memang sudah masak hal ini, panduan mereka juga berkesan. Mana tidaknya, mereka sudah dalam bidang exam bertulis Gred 41 ini sejak tahun 2009 lagi!

Jika anda merupakan calon yang terlibat dalam exam Gred 41 bagi Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 nanti, maka rujukan ini pastinya BAKAL membantu anda:


Pilihlah untuk LULUS!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!