Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka Bulan Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka Bulan Oktober 2013

Dewan Bahasa dan Pustaka
Jawatan Kosong DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka Bulan Oktober 2013.

Tarikh tutup: 10 Oktober 2013.

Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Pada asalnya Dewan Bahasa dan Pustaka dikenali sebagai Balai Pustaka. Antara objektif utama Dewan Bahasa dan Pustaka ialah menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Negeri Johor sebagai sebuah jabatan kecil untuk mengembangkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka tidak lama lagi ketika itu.

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan kosong berikut:

01. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Cara memohona:

a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99). Borang boleh diperoleh dengan melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka yang kami kongsikan di bawah.

b) Borang permohonan yang telah lengkap beserta dokumen diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

c) Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

d) Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap gagal.

e) Iklan asal jawatan kosong DBP boleh dibaca menggunakan pautan yang disertakan ini:


f) Borang permohonan boleh dimuaturun dengan mengikuti pautan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!