Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Jabatan Zakat Kedah Bulan Oktober 2013

Jabatan Zakat Negeri Kedah
Jawatan Kosong Jabatan Zakat Negeri Kedah Oktober 2013.

Tarikh tutup: 10 Oktober 2013.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan, berminat dan beriman untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman:

01. Penolong Akauntan Gred W27

Syarat khas:

- Memiliki Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

- Mempunyai Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dikemukakan bersama surat permohonan dan resume serta gambar ukuran passport dengan menyatakan latar belakang akademik, kelayakan, pengalaman dan disertakan salinan dokumen/sijil-sijil (disahkan) berkaitan kepada:

DATO’ SETIAUSAHA
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 5, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200, ALOR SETAR, KEDAH
(U/P: Bahagian Sumber Manusia)

b) Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon dibahagian atas kiri sampul surat permohonan anda.

c)  Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

d) Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tel: 04-7331740, Faks: 04-7316280 atau Emel:

--> info@zakatkedah.com

e) Iklan asal jawatan kosong Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman ini boleh dibaca menggunakan pautan yang disediakan berikut:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!