Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia Bulan Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia Bulan Oktober 2013

Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jawatan Kosong LLM - Lembaga Lebuhraya Malaysia Oktober 2013.

Tarikh tutup: 15 Oktober 2013.

LLM - Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Lembaga Lebuhraya Malaysia diwujudkan untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, operasi dan penyenggaraan lebuh raya antara bandar, untuk mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan lain-lain.

Penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah untuk merancang, mereka bentuk, membangunkan, mengurus dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya yang moden dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk menyediakan sistem pengangkutan yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua Pekan utama dan sekitarnya mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan mereka membolehkan jalanraya awam antara bandar yang berkesan serta sistem pengangkutan seluruh negara. Selain meningkatkan kemahiran dan kepakaran pekerja melalui latihan di semua lebuh raya pembangunan dan penyelenggaraan.

Pemohonan adalah dipelawa daripada seluruh Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:

01. Juruteknik (Elektrik) Gred J17

Syarat khas:

-Sijil dalam bidang Kejuruteraan (Elektrik) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

-Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman sesawang LLM - Lembaga Lebuhraya Malaysia.

b) Iklan asal jawatan kosong LLM - Lembaga Lebuhraya Malaysia ini boleh dibaca melalui pautan yang disediakan berikut:


c) Borang permohonan boleh diisi secara online melalui pautan yang disediakan ini:


d) Sekiranya ada sudah memohon, pada bila-bila masa anda boleh menyemak status permohonan anda dengan melayari pautan semakan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!