Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi Oktober 2013

Lembaga Pembangunan Langkawi
Jawatan Kosong LADA - Lembaga Pembangunan Langkawi Oktober 2013.

Tarikh tutup: 09 Oktober 2013.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bertujuan merancang dan menggalakkkan serta melaksanakan pembangunan di Pulau Langkawi. LADA dengan rasminya telah diperbadankan pada 15 Mac 1990 di bawah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di LADA - Lembaga Pembangunan Langkawi seperti berikut:

01. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Cara memohon:

a) Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA yang kami sertakan di bawah.

b) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

c) Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

d) Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian:

No. Tel: 04-9667186 / 7187.

e) Iklan asal jawatan kosong Lembaga Pembangunan Langkawi ini boleh dibaca menggunakan pautan di bawah:


f) Borang permohonan jawatan kosong Lembaga Pembangunan Langkawi boleh dimuaturun dengan mengikuti pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!