Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Majlis Daerah Selama Bulan November 2013

Majlis Daerah Selama
Jawatan Kosong Majlis Daerah Selama November 2013.

Tarikh tutup: 17 November 2013.

Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi. Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang. Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.

Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance. Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance.  Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan. Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.

Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat.  Tarikh 24hb. April, 1980 Majlis Daerah Selama telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Perak P.U.P.K 14 dan keluasan yang diwartakan dianggarkan 764.73 kilometer persegi bagi kawasan Majlis Daerah Selama.

Majlis Daerah Selama dengan ini mempelawa calon yang berminat (keutamaan kepada anak jati negeri Perak) untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di bawah:

01. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi (MDS.PKDM 1/97 pindaan 2013) yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Selama atau melalui pautan muaturun yang kami berikan di bawah:


b) Permohonan yang telah dilengkapkan termasuk salinan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantarkan ke alamat:

MAJLIS DAERAH SELAMA
34100 SELAMA,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-839 4201 / 8392021

c) Iklan asal jawatan Kosong MD Selama 2013 boleh dicapai melalui pautan berikut:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!