Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah Bulan November 2013

MPAG - Majlis Perbandaran Alor Gajah
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah November 2013.

Tarikh tutup: 07 November 2013.

MPAG -  Majlis Perbandaran Alor Gajah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berorientasikan perkhidmatan rakyat. Ia merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah. Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju selaras dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama terhadap sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur yang bertaraf tinggi turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan sekaligus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Menjadi harapan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat di bawah kawasan tadbirnya. Justeru itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah akan sedaya upaya memaksimakan segala usaha-usaha untuk membangunkan daerah Alor Gajah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara dengan keutamaan akan diberi kepada anak negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di bawah:

01. Pemandu Kenderaan Gred R3

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MPAG dan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran passport dan lain-lain dokumen sokongan yang difikirkan perlu.

b) Borang permohona yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen yang sudah disahkan henaklah dikirimkan ke atau dihantar sendiri ke alamat di bawah:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Alor Gajah
Jalan Dato' Dol Said
78000 Alor Gajah
Melaka

c) Borang permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah boleh dimuaturun menggunakan pautan yang kami berikan di bawah:


d) Iklan asal jawatan kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah ini boleh dibaca melalui pautan yang diberikan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!