Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat N1 (SPA) Bulan Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat N1 (SPA) Bulan Oktober 2013

Pembantu Am Pejabat N1 (SPA)
Jawatan Kosong PAP - Pembantu Am Pejabat N1 (SPA) Oktober 2013.

Tarikh tutup: 11 Oktober 2013.

SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957. Penubuhannya yang berlaku pada hari yang sama dengan hari bersejarah yakni hari kemerdekaan Tanah Melayu daripada pemerintahan British.

Pada awalnya, semasa pemerintahan British, Perkhidmatan Awam Negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu masih berada di bawah pentadbiran British. Kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 dengan sendirinya membentuk kerajaan baru Persekutuan Tanah Melayu menjadi negeri yang Merdeka dan berdaulat.

Calon-calon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti berikut:

01. Pembantu Am Pejabat Gred N1

Syarat tambahan:

- Keutamaan kepada calon-calon yang tinggal di kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

- Aktif dalam bidang sukan / kebudayaan di peringkat negeri / kebangsaan / antarabangsa.

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang SPA8i. Pengguna kali pertama dikehendaki mendaftarkan diri.

b) Pemohon sedia ada hendaklah login dan pilih: Jawatan Dipohon > Jawatan SPA > SPM/SPMV/SPVM > Pembantu Am Pejabat Gred N1.

c) Iklan asal jawatan kosong PAP Gred N1 di SPA ini boleh dibaca melalui pautan yang disediakan di bawah:


d) Borang SPA8i Boleh diakses menggunakan pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!