Jawatan Kosong Penang Hill Corporation (PHC) Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong Penang Hill Corporation (PHC) Oktober 2013

Penang Hill Corporation
Jawatan Kosong PHC - Penang Hill Corporation Oktober 2013.

Tarikh tutup: 20 Oktober 2013.

PHC - Penang Hill Corporation telah ditubuhkan dibawah Enekmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 10 September 2009. Pada asalnya ianya segala urusan pentadbiran dan operasi keretapi diuruskan oleh Unit Keretapi Bukit Bendera dibawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK).

Dengan penubuhan PHC, pengurusan keretapi telah memperluaskan bidang bukan saja mentadbir operasi keretapi bukit bendera malah juga terlibat dalam pembangunan di seluruh kawasan Bukit Bendera seperti yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

PHC - Penang Hill Corporation mempelawa calon yang berkelayakan dan komited serta berintegriti untuk memikul amanah di Penang Hill Corporation dengan mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan di bawah:

01. Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred F29.

Bidang tugas:

Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada kakitangan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang.

Syarat lantikan:

a) Warganegara Malaysia.   

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan  daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya; atau (Gaji Permulaan : RM1745.69]

d) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

e) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

f) Lulus Bahasa Inggeris (Penulisan & Komunikasi)

g) Mempunyai kepakaran di dalam bidang teknikal (Installation Of New Hardware)

h) Mempunyai kemahiran dalam paparan multimedia

i) Berpengetahuan dalam Sistem POS (Point Of Sale).

j) Mempunyai kelebihan dalam pengurusan laman web

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dikemukan secara atas talian di portal Jobstreet. Resume lengkap dan komprehensif perlu dilampirkan.

b) Calon yang berminat, sila ikuti pautan di bawah untuk memulakan proses permohonan:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!