Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser Bulan Oktober 2013

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) 2013.

Tarikh tutup: 28 Oktober 2013.

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) merupakan sebuah Badan Berkanun di Kerajaan Negeri Pahang yang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Pahang No.4 tahun 1968. Pada asalnya telah diberi tanggungjawab membangun, menyelenggara kemudahan awam, membangun kemudahan perniagaan, rekreasi dan pelancongan di kawasan Bukit Fraser.

Sejajar dengan perkembangan industri pelancongan yang bertambah pesat pada tahun-tahun 1990’an, Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil keputusan untuk memperluaskan tanggungjawab Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser sebagai organisasi negeri yang bertanggungjawab untuk “Menjadikan Negeri Pahang Sebagai Sebuah Destinasi Pilihan”. Untuk objektif itu, enakmen tubuh PKBF telah dipinda pada tahun 1997.

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18  tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

01. Juruteknik Komputer Gred FT17 (Perempuan)

Cara memohon:

a) Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi dari Ibu Pejabat, Bukit Fraser, Bangunan JKR 300, Jalan Masjid, Kuantan dengan harga RM1.00 sekeping.

b) Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan sampul surat berwarna putih berukuran 10cm x 23cm (4in x 9in) beralamat sendiri dan bersetem 60 sen.

c) Borang permohonan hendaklah diisi dengan selengkapnya dengan disertakan SALINAN SIJIL YANG  DISAHKAN dan GAMBAR BERUKURAN PASPORT (TERBARU) dan alamat kepada:

Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
Bangunan JKR 300,
Jalan Masjid,
25000 Kuantan.
(Tel: 09-5171623/624/555)

d) Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kanan sampul surat.

e) Iklan asal jawatan kosong Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser ini bleh dicapai melalui pautan yang disediakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!