Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Tabung Haji Bulan Oktober 2013

TH - Tabung Haji
Jawatan Kosong Tabung Haji Oktober 2013.

Tarikh tutup: 22 Oktober 2013.

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah Institusi Kewangan Islam unggul di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963, TH mempunyai 50 tahun pengalaman dalam Deposit, Perkhidmatan dan Operasi Haji dan Pelaburan. Sebagai sebuah Pengurus Dana Islam terbesar negara dengan dana melebihi RM41billion, TH berusaha untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.

TH menumpukan kepada perkhidmatan pengurusan haji yang cemerlang dan memuaskan hati kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi contoh pengurusan haji serta perkhidmatan kewangan Islam  yang inovatif oleh kebanyakan negara Islam di seluruh dunia.

Seiring dengan visi dan misi Tabung Haji, permohonan adalah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang beragama Islam, tulus, berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong seperti berikut:

01. PENGURUS PENGAWASAN KORPORAT & PENGURUSAN, (SPP3)

Cara memohon:

a) Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar resume yang lengkap yang mengandungi butiran berikut:

- Kelayakan;
- Pengalaman;
- Gaji semasa dan gaji yang dimohon;
- Nombor telefon dan emel untuk dihubungi;
- Sekeping gambar berukuran pasport

Dan hantarkan ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Lantai 27, Bangunan Ibu Pejabat TH
201, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga)

b) Iklan asal jawatan kosong Tabung Haji ini boleh dicapai melalui pautan yang disertakan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!