Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Oktober 2013

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Jawatan Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Oktober 2013.

Tarikh tutup: 11 Oktober 2013.

Sejarah UPNM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada sekitar 01 Jun 1995 sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tugas ATMA diperluaskan dengan menaiktaraf sebagai UPNM yang telah diwartakan pada 10 November 2006. Walaupun UPNM akan memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan UiTM. Seramai 1 017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang utama yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah di tauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sukacitanya mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:

01. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27

Cara memohon:

a) Pemohon perlu mengisi borang permohonan UPNM/PEND-02 (Jawatan Bukan Akademik). Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

b) Nyatakan jawatan yang dipohon dipenjuru kiri muka hadapan sampul surat dan kemukakan semua dokumen diperlukan (yang telah disahkan) kepada:

Unit Perjawatan dan Pengambilan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur
Malaysia
Emel: perjawatan@upnm.edu.my
No Tel : 03-90513400

c) Iklan asal jawatan kosong UPNM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini boleh dibaca melalui pautan berikut:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!