Jawatan Kosong (UPM) Universit Putra Malaysia Bulan Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong (UPM) Universit Putra Malaysia Bulan Oktober 2013

UPM Bintulu
Jawatan Kosong (UPM) Universit Putra Malaysia Oktober 2013.

Tarikh tutup: 18 Oktober 2013.

Pada tahun 1994, (UPM) Universit Putra Malaysia telah memulakan satu rancangan untuk membina universiti masa hadapan yang menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik dan terkini terutama dalam pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan usaha itu, (UPM) Universit Putra Malaysia telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa sempadan dan melangkaui sempadan nasional.

Kemuncak daripada itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Penukaran nama ini merupakan langkah strategik yang mencerminkan kedudukan (UPM) Universit Putra Malaysia selaku sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dalam menghadapi pembangunan masa hadapan.

UPM Kampus Bintulu mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

01. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web yang kami kongsikan di bawah:


b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar ke alamat seperti di bawah berserta salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir, salinan sijil-sijil akademik (PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah) yang telah disahkan. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu / Ketua Kampung sahaja.

BAHAGIAN PENTADBIRAN
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
TINGKAT 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
PETI SURAT 396, JALAN NYABAU
97008 BINTULU, SARAWAK.

c) Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

d) Iklan asal Jawatan Kosong UPM Kampus Bintulu ini boleh dicapai melalui pautan yang disertakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!