Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Karnival Kerjaya 'Azam Kerja Night Career Fair' November 2013

Karnival Kerjaya
Karnival Kerjaya - Azam Kerja Night Career Fair di Johor 2013.

Tarikh tutup: Sila lihat di bawah.

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor melalui Pusat JobsMalaysia Johor Darul Takzim dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO akan mengadakan program “Azam Kerja Night Career Fair Johor 2013" iaitu program Karnival Kerjaya terbesar di negeri Johor seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 08 – 09 November 2013 (Jumaat – Sabtu).
Masa : 4.00 petang – 12.00 malam.
Tempat : Dataran Pasar Borong Pandan, Johor Bahru.

Program Karnival Kerjaya 'Azam Kerja Night Career Fair' ini telah mendapat perhatian daripada Y.A.B Menteri Besar Johor dan Y.B Exco Sumber Manusia Negeri Johor.

Jadi kepada pembaca yang tinggal di Johor atau negeri-negeri berhampiran, jangan lupa datang ke Karnival Kerjaya 'Azam Kerja Night Career Fair' ini untuk mendapatkan pelbagai info berkaitan peluang-peluang pekerjaan terkini dan menduduki temuduga-temuduga terbuka yang diadakan oleh pihak yang terlibat menjayakan karnival ini. Dijangkakan tidak kurang 100 majikan dan 5 000 peluang pekerjaan akan dibawakan oleh karnival Kerjaya 'Azam Kerja Night Career Fair' ini.

Kepada syarikat atau badan yang berminat menyertai, tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Oktober 2013 ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Haniff di talian 07-234 0148 atau 019-216 0148.

Brosur asal, borang penyertaan (untuk majikan) dan lain-lain maklumat berkaitan karnival Kerjaya Azam Kerja Night Career Fair Johor boleh diperolehi melalui pautan berikut:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!