Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Umum Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Panduan Umum Peperiksaan PPM Gred S41
Panduan Umum Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

Nota* :
Panduan ini diadaptasi daripada 'Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan: Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41' sebenar yang dikeluarkan oleh BAHAGIAN PEPERIKSAAN, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.

Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan anda mengaplikasikan maklumat yang didapati melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Anda dan calon lain yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan / bidang. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai jurusan / bidang dan mempunyai skop yang amat luas.

Antara matlamat utama peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran anda sama ada sesuai dengan kualiti serta berpotensi sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 atau pun tidak. Peperiksaan bertulis ini melibatkan 4 bahagian berasingan. Setiap bahagian adalah penting kerana mengukur anda dalam satu atau dua aspek sahaja. Anda seharusnya perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua bahagian / seksyen. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua bahagian sahaja maka prestasi keseluruhan anda dikiranya kurang memuaskan.

Namun, jika anda mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap bahagian, maka prestasi keseluruhan dianggap baik dan peluang anda lulus juga cerah. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja di dalam peperiksaan ini. Ia adalah perbuatan yang berisiko.

Anda sudah maklum, kelulusan peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Anda juga mesti memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia serta LULUS dalam peperiksaan ini barulah di panggil ke sesi temuduga.


ARAHAN AM KEPADA CALON

01. Pada hari peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 anda perlu membawa perkara-perkara berikut:

- Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
- Kad Pengenalan
- Alat tulis; pensel, pen, pembaris, pemadam & alatan yang perlu.

02. Anda wajib berada di pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum Peperiksaan dimulakan.

03. Anda wajib mematuhi arahan Ketua Pengawas.

04. Anda dilarang sama sekali berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan anda sekiranya ada masalah atau pertanyaan.

05. Anda hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.

06. Anda wajib kenalpasti pusat peperiksaan sehari sebelum hari peperiksaan.

07. Anda wajib berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

08. Anda hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.


PANDUAN UMUM KEPADA CALON

Peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 mengandungi empat (4) seksyen utama seperti berikut:

Seksyen A - Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, anda dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50
Markah : 30

CONTOH SOALAN:

Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali

A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan Sosial.

Jawapan: B

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini anda dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

1) Kemahiran Logik
- Dalam seksyen ini anda dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

2) Kemahiran Menginterpretasikan Data
- Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan anda dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan anda menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

3) Konsep Matematik
- Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan anda untuk berfikir secara kuantitatif.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN:

30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?

A 38
B 40
C 44
D 48

Jawapan: C

Seksyen C - Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan anda dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat anda yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN:

Golongan OKU tidak harus dipinggirkan daripada arus kemajuan negara. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan hidup mereka terbela.

Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat anda yang disusun dengan jelas, teratur dan bernas.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN:

Education is a life learning process. Discuss.

----------------------

P/s: Masih lagi belum bersedia? Masih juga berteka-teki tentang apa yang bakal ditanya dalam peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 itu nanti? Jangan bimbang, semuanya ada di dalam pakej rujukan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!