Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Semakan Jadual Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Semakan Jadual Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

Anda sampai ke sini sudah pasti kerana mahu menyemak jadual peperiksaan anda bukan? Menurut sumber kami, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mengelolakan peperiksaan ini, sudah mulai mengedar surat panggilan kepada calon yang ditawarkan menduduki peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 seawal beberapa minggu lepas.

Bagi yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang mudah dihubungi, Alhamdulilah barangkali surat panggilan sudah berada di tangan dan anda pastinya sudah sedikit sibuk membuat persediaan 'kecil-kecil'. Namun bagi calon lain yang berada di lokasi pedalaman atau geografi yang sukar dihubungi oleh surat-menyurat, pasti tertanya-tanya. Adakah saya juga turut dipanggil? Kalau iya, dimanalah agaknya pusat peperiksaan saya? Jauh atau dekat jaraknya dari tempat tinggal?

Usah berteka-teki lagi. Terus saja ke pautan semakan jadual peperiksaan yang kami sediakan di bawah:


Sudah semak jadual anda? Dimana anda akan berada? Mungkin anda tidak keberatan berkongsi bersama kami. Bolehlah catatkan di ruangan komen di bawah. Boleh juga bertukar-tukar pandangan dan cadangan bersama pembaca lain sekiranya anda ada pengalaman menduduki peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 sebelum ini. Kami alu-alukan.

Untuk pengetahuan kita bersama, peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 kali ini akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 19 Oktober 2013. Hal ini adalah kerana pihak SPA beranggapan ia lebih memudahkan calon yang terpilih untuk menghadirkan diri terutama calon-calon yang sedang bekerja.

Sedikit info tambahan:

Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 termasuk di dalam skim perkhidmatan 'Pengurusan dan profesional'. Calon yang berjaya dalam peperiksaan bertulis ini akan dipanggil ke sesi temuduga kemudian nanti. Bagi yang lepas, anda akan memulakan tugas di pelbagai Kementerian atau agensi kerajaan. Penempatan memang tidak ditentukan, ia bergantung kepada kekosongan jawatan yang ada. Gaji permulaan bagi pegawai yang baharu adalah sekitar RM1 908.45 sen (belum termasuk segala jenis elaun lain). Malah memperolehi kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225 pada setiap tahun. Wow.. Lumayan juga!

----------------------

P/s: Masih lagi belum bersedia? Masih juga berteka-teki tentang apa yang bakal ditanya dalam peperiksaan bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 itu nanti? Semuanya ada di dalam pakej rujukan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!