Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Semakan Jadual Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

Semakan Jadual Peperiksaan Pegawai Penerangan S41
Semakan Jadual Peperiksaan Pegawai Penerangan S41.

Anda sampai ke sini tentunya kerana mahu menyemak jadual peperiksaan untuk jawatan Pegawai Penerangan bukan? Menurut sumber kami, pihak SPA sudah mulai mengedar surat panggilan kepada calon yang ditawarkan menduduki peperiksaan bertulis Pegawai Penerangan S41 seawal beberapa minggu lepas.

Bagi yang tinggal di kawasan bandar dan tempat-tempat yang mudah dihubungi, Alhamdulilah barangkali surat sudah berada di tangan dan anda pastinya sudah sedikit sibuk membuat persediaan 'kecil-kecil'. Namun bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman atau geografi yang sukar dihubungi oleh surat-menyurat, pasti tertanya-tanya. Adakah saya juga turut dipanggil? Kalau iya, dimana agaknya pusat peperiksaan saya? Jauh atau dekat jaraknya dari rumah?

Usah berteka-teki lagi. Terus saja ke pautan semakan jadual peperiksaan yang kami kongsikan di bawah:


Sudah semak jadual anda? Dimana anda akan berada? Mungkin anda tidak keberatan berkongsi bersama kami. Bolehlah catatkan di ruangan komen di bawah. Boleh juga bertukar-tukar pandangan bersama pembaca lain sekiranya anda ada pengalaman menduduki peperiksaan Pegawai Penerangan S41 sebelum ini. Kami alu-alukan.

Untuk pengetahuan bersama, peperiksaan bertulis Pegawai Penerangan S41 kali ini akan diadakan pada hari Sabtu yakni pada 01 Mac 2014. Ini kerana pihak SPA beranggapan, ia lebih memudahkan calon yang terpilih menghadirkan diri terutama calon-calon yang sedang bekerja.

Sedikit info:

Pegawai Penerangan S41 termasuk di dalam skim perkhidmatan 'Pengurusan dan profesional'. Calon yang berjaya dalam peperiksaan bertulis ini akan dipanggil ke sesi temuduga pula. Bagi yang lepas, anda akan memulakan tugas sama ada di Kementerian Penerangan atau pun Kementerian Kesihatan. Gaji permulaan bagi pegawai yang baharu dilantik adalah sekitar RM1 908.45 sen (belum termasuk segala jenis elaun lain). Lumayan juga! Walaupun tidak semestinya (dan bergantung kepada keupayaan dan keterampilan seseorang), namun biasanya keutamaan akan diberi kepada calon yang memiliki ijazah dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia.

----------------------

P/s: Masih lagi belum bersedia? Masih juga berteka-teki tentang apa yang bakal ditanya dalam peperiksaan bertulis Pegawai Penerangan Gred S41 itu nanti? Semuanya ada di dalam pakej rujukan Pegawai Penerangan Gred S41 ini!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!