Temuduga Terbuka Citibank Berhad Bulan Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka Citibank Berhad Bulan Oktober 2013

Citibank Berhad
Temuduga Terbuka Citibank Berhad Oktober 2013.

Tarikh temuduga: 30 Oktober 2013.

Citibank Berhad adalah sebuah bank berlesen yang beroperasi di Malaysia dan merupakan sebahagian daripada Citi Bank Amerika Syarikat. Citibank Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1994 tetapi sebenarnya telah hadir sejak tahun 1959 lagi.

Citibank Berhad menawarkan Perkhidmatan Perbankan Korporat dan Runcit. Ibu pejabatnya terletak di Menara Citibank di Jalan Ampang di Kuala Lumpur. Sebelum ini, Citibank Berhad beroperasi di kawasan Medan Pasar, berhampiran dengan Central Market.

Citibank Berhad sedang mengadakan sebuah temuduga terbuka dan jawatan kosong yang akan ditawarkan semasa temuduga terbuka ini adalah seperti di bawah:

01. Customer Service Officer

Jadi sekiranya anda tercari-cari kerjaya yang memenuhi citarasa, menjanjikan cabaran dan masa depan yang cerah dalam suasana yang ceria sila hadirkan diri seperti ketetapan yang diberikan di bawah:

Tarikh: 30 Oktober 2013 (Rabu).
Masa: 9.30 pagi - 4.30 petang.
Tempat: Jabatan sumber manusia, aras 35, Menara Citibank, 165 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Anda mesti bawa bersama semua dokumen-dokumen berikut:
1. Resume lengkap terkini
2. Salinan kad pengenalan anda
3. Salinan fotostat slip gaji 3 bulan terkini
4. Salinan sijil-sijil Pendidikan (SPM & di atas)
5. Satu (1) gambar bersaiz pasport

Citibank Berhad menawarkan pakej ganjaran yang menarik (Basic + Elaun + Insentif) dan latihan komprehensif.

Iklan asal temuduga terbuka Citibank Berhad ini boleh dibaca melalui pautan yang disediakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!