Temuduga Terbuka Istana Budaya Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka Istana Budaya Bulan November 2013

Istana Budaya
Temuduga Terbuka Istana Budaya November 2013.

Tarikh temuduga: 03 November 2013.

Istana Budaya telah ditubuhkan pada September 1999. Istana Budaya merupakan pentas teater utama negara yang mempersembahkan pelbagai kesenian dari dalam dan luar negara. Persembahan merangkumi teater, opera, opereta, tarian, muzik klasik, orkestra dan sebagainya.

Permohonan adalah dipelawa daripada semua kaum warganegara Malaysia yang berkelayakan, berbakat besar dan mempunyai daya kreativiti tinggi bagi mengisi jawatan di bawah:

01. Artis Budaya Gred B17

Temuduga terbuka ini akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 3 NOVEMBER 2013 (AHAD)
Tempat: SERI NILAM, ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR
Masa: 9.00  pagi – 1.00 tghari

Dokumen yang diperlukan semasa ke sesi temuduga terbuka Istana Budaya:

a) Resume Kerja
b) Kad Pengenalan
c) Sijil SPM, PMR / SRP dan Sijil Berhenti Sekolah (asal)
d) Lain-lain sijil kemahiran bakat yang berkaitan

Iklan asal temuduga terbuka Istana Budaya ini boleh dibaca menggunakan pautan yang dikongsikan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!