Temuduga Terbuka Public Bank Bulan Oktober 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka Public Bank Bulan Oktober 2013

Public Bank
Temuduga Terbuka Public Bank Oktober 2013.

Tarikh temuduga: 21 Oktober 2013.

Kumpulan Public Bank sentiasa mementingkan modal insan. Budaya mendengar, belajar dan sentiasa memperbaharui adalah pegangan mereka. Oleh itu, Kumpulan telah mereka strategi modal insan bukan sahaja untuk menarik bakat-bakat yang diingini tetapi juga untuk mengekalkan serta membangunkan bakat-bakat ke potensi yang besar.

Public Bank mempelawa calon-calon yang berminat dan berkarisma untuk menghadiri sesi temuduga terbuka mereka bagi jawatan yang diiklankan berikut:

01. Sales Executives

Kelayakan diperlukan:

-umur 21-35 tahun

-Pengalaman jualan produk kewangan akan menjadi satu kelebihan

-Ijazah atau diploma graduan tanpa pengalaman jualan dan pemegang SPM dengan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja akan dipertimbangkan

-Berorientasikan hasil dengan keinginan yang kuat untuk menjual

-Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik

-Mempunyai pengangkutan sendiri dan bersedia untuk perjalanan

Lokasi temuduga: Menara Public Bank, 146, Jalan Amang, Kuala Lumpur.

Cara memohon:

a) Sila emelkan resume terperinci ke alamat di bawah sebelum 10 Oktober 2013 (tajuk emel anda - 'Sales Career Day'):

--> hrd@publicbank.com.my

b) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi semula untuk dijemput ke sesi temuduga terbuka Public Bank pada 21 Okt 2013.

c) Iklan asal temuduga terbuka Public Bank ini boleh dibaca melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga bertanya soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk ditemuduga dalam bahasa Inggeris? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!