2 Jawatan Kosong Koperasi Tentera Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong Koperasi Tentera Bulan Disember 2013

Koperasi Tentera
Jawatan Kosong Koperasi Tentera Disember 2013.

Tarikh tutup: 13 Disember 2013.

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad atau juga dikenali sebagai Koperasi Tentera ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai sebuah koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift and loan) dengan objektif utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia. Pada tahun 1975, Koperasi Tentera telah bertukar menjadi sebuah koperasi serbaguna (multipurpose) hingga ke hari ini.

Keanggotaan Koperasi Tentera terbuka kepada semua anggota Angkatan Tenera Malaysia dan semua kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan Malaysia. Jumlah keanggotaan berakhir Disember 2012 ialah seramai 147,440 orang dengan kumpulan wang anggota termasuk yuran terkumpul dan modal syer adalah sejumlah RM1,187 juta.

Koperasi Tentera dengan ini mempelawa calon yang berminat, layak dan beriltizam untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan di bawah:


Cara memohon:

a) Permohonan jawatan kosong Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad ini hanya boleh dibuat secara online melalui portal jobstreet sahaja.

b) Bagi pemohon kali pertama jawatan kosong Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad menerusi portal jobstreet, anda adalah dimestikan mendaftar akaun permohonan di dalam portal tersebut. Manakala bagi pemohon sedia ada, anda boleh terus login untuk meneruskan permohonan.

c) Klik mana-mana nama jawatan kosong Koperasi Tentera yang dinyatakan di atas untuk melihat bidang tugas dan kelayakan yang diperlukan seterusnya untuk memulakan proses permohonan secara online anda. Didoakan semoga anda berjaya!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!