2 Jawatan Kosong SME Bank Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

2 Jawatan Kosong SME Bank Bulan November 2013

SME Bank
Jawatan Kosong SME Bank November 2013.

Tarikh tutup: 17 November 2013.

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad) adalah sebuah bank pembangunan yang ditubuhkan sebagai institusi kewangan bertauliah dengan peranan utamanya sebagai pemacu yang memenuhi keperluan perusahaan kecil sederhana (PKS).

Sebagai sebuah pusat kewangan sehenti, SME bank bertindak membiayai keperluan pertumbuhan perniagaan PKS di Malaysia bagi melengkapi perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan oleh bank-bank perdagangan lain melalui servis khidmat nasihat dan produk kewangan komprehensif seerta bersepadu. Ini bagi melahirkan masyarakat usahawan yang mantap di negara ini.

SME Bank akan berusaha menyegerakan proses pinjaman bagi memenuhi keperluan kewangan serta menyokong kehendak pembangunaan perniagaan. Aktiviti utama SME Bank adalah menyediakan pembiayaan kewangan dan khidmat nasihat perniagaan kepada PKS yang berada dalam kategori yang telah ditentukan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan.

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad atau SME Bank dengan ini mempelawa permohonan daripada bakat-bakat yang berkelayakan dan penuh komitmen untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan yang mereka tawarkan seperti di bawah:


Cara memohon:

a) Permohonan  jawatan kosong SME Bank ini adalah secara atas talian / online sahaja yakni melalui portal jobstreet.

b) Pemohon kali pertama dikehendaki mendaftar akaun permohonan. Manakala pemohon sedia ada boleh login untuk meneruskan permohonan.

c) Klik mana-mana nama jawatan kosong SME Bank yang dinyatakan di atas untuk melihat bidang tugas dan kelayakan diperlukan serta bagi memulakan proses permohonan online anda. Didoakan semoga anda berjaya!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!