Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


2 Jawatan Kosong SPA Bulan November 2013

Jawatan Kosong SPA
Jawatan Kosong SPA November 2013.

Tarikh tutup: 29 November 2013.

Sekali lagi, bagi bulan November ini SPA atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan kosong untuk diserap ke dalam  sektor awam. Jawatan yang akan dijalankan urusan pengambilan ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

01. Pembantu Penerangan Gred S17
02. Penyelia Asrama Gred N17

Penempatan untuk jawatan kosong Pembantu Penerangan Gred S17 ialah di dalam Jabawatan Penerangan Malaysia. Manakala bagi jawatan Penyelia Asrama Gred N17 pula akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk makluman semua, jumlah kekosongan jawatan Pembantu Penerangan Gred S17 adalah sebanyak 24 tempat. Sementara, untuk kekosongan jawatan Penyelia Asrama Gred N17 pula ialah 10 tempat sahaja.

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dilakukan secara online sahaja melalui portal SPA.

b) Pemohon kali pertama melalui portal SPA dikehendaki mendaftarkan akaun permohonan. Bagi pemohon sedia ada, login dan pilih nama jawatan yang disertakan di atas.

c) Iklan asal jawatan kosong SPA untuk pengambilan November ini boleh dicapai melalui pautan di bawah:


d) Permohonan boleh dimulakan dengan mengikuti pautan ke Borang SPA8i di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!