Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


20 Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam Bulan November 2013

Majlis Bandaraya Shah Alam
Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam November 2013.

Tarikh tutup: 13 November 2013.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah diperbadankan pada 07 Disember 1978. Penubuhan ini adalah serentak dengan perisytiharan bandaraya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Sebelum ini, MBSA lebih dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam atau MPSA.

Namun begitu, pentadbiran MBSA hanya mula beroperasi pada 01 Januari 1979. Pada peringkat awal, pentadbiran MBSA hanyalah beroperasi di rumah kedai, di Seksyen 3 dan kemudian berpindah ke Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanyalah pada tahun 1988, barulah kakitangan MBSA dipindahkan ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai kini dikenali sebagai Wisma MBSA yang tersergam indah.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa permohonan daripada seluruh warganegara Malaysia yang sudah melepasi 18 tahun pada tarikh permohonan dan berkelayakan untuk mengisi mana-mana jawatan kosong yang ditawarkan di bawah. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada calon yang merupakan akan jati negeri Selangor Darul Ehsan:

Jawatan kosong Kenaikan Pangkat:

01. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32
02. Pembantu Penguatkuasa N22
03. Pembantu Penilaian W22

Jawatan kosong Gred Lantikan:

01. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
02. Jurutera J41
03. Penolong Jurutera J29
04. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
05. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
06. Penolong Pegawai Penerbitan N27
07. Penolong Pegawai Penerangan N27
08. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
09. Penolong Akauntan W27
10. Penolong Pegawai Penilaian W27
11. Juruteknik Komputer FT17
12. Juruteknik (Awam/Elektrikal) J17
13. Pembantu Penguatkuasa N17
14. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
15. Pembantu Penilaian W17
16. Pengawal Keselamatan KP11
17. Penyelamat N1

Cara memohon:

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;

b) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;

c) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;

d) Borang permohonan (MBSA 1) hendaklah dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

e) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat dan dihantarkan ke alamat berikut:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

f) Iklan asal jawatan kosong Majlis Bandaraya Shah Alam ini termasuk syarat lantikan dan syarat kenaikan pangkat boleh dibaca melalui pautan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!