3 Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat Bulan Disember 2013

Majlis Daerah Kuala Langat
Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat Disember 2013.

Tarikh tutup: 02 Disember 2013.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah ditubuhkan pada 01 Januari 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ia merupakan gabungan 3 Majlis Tempatan iaitu: Majlis Tempatan Sg. Jarom., Majlis Tempatan Tanjung Sepat. dan Lembaga Bandaran Kuala Langat.

Keluasan Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat pada awal penubuhan ialah 3.7 batu persegi(9.6 km). Pada tahun 2001 bertambah kepada 62.294 km persegi. Akhirnya pada tahun 2006 bertambah kepada 857.70 km persegi termasuk 3 batu nautika.

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
2. Penolong Pegawi Belia dan Sukan Gred S27
3. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat berharga RM 1.00 sahaja yang boleh diperolehi dari Bahagian Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting.

b) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat DanPenamatan Perkhidmatan) 2005.

c) Borang permohonan hendaklah disertakan gambar, salinan fotostat kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil persekolahan/pengajian dan sijil–sijil penghargaan yang telah diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantarkan ke alamat di berikut:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan

e) Iklan asal jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Langat ini boleh dicapai melalui pautan ini:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!