3 Jawatan Kosong Prasarana Negara Berhad Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

3 Jawatan Kosong Prasarana Negara Berhad Bulan Disember 2013

Prasarana Negara Berhad
Jawatan Kosong Prasarana Negara Berhad Disember 2013.

Tarikh tutup: Rujuk di bawah.

Syarikat Prasarana Negara Berhad adalah syarikat milik penuh kerajaan, yang kini dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan lagi standard pengangkutan awam negara. Melalui anak-anak syarikat di bawahnya, Prasarana mengendalikan operasi LRT dan KL Monorail di Lembah Klang di bawah pentadbiran Rapid Rail Sdn Bhd; dan perkhidmatan bas RapidKL, RapidPenang danRapidKuantan di bawah pengurusan Rapid Bus Sdn Bhd.

Di samping Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd, Prasarana mempunyai dua lagi anak syarikat iaitu PRIME (Prasarana Integrated Management and Engineering Sdn Bhd) dan PRIDE (Prasarana Integrated Development Sdn Bhd).

Prasarana Negara Berhad mempelawa calon-calon yang berminat, komited dan berprestasi tinggi untuk menyertai mereka dengan mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:


Cara memohon:

a) Permohonan  jawatan kosong Syarikat Prasarana Negara Berhad ini adalah secara atas talian / online sahaja yakni melalui portal jobstreet.

b) Pemohon kali pertama dikehendaki mendaftar akaun permohonan. Manakala pemohon sedia ada boleh login untuk meneruskan permohonan.

c) Klik nama jawatan kosong Syarikat Prasarana Negara Berhad yang dinyatakan di atas untuk melihat bidang tugas dan kelayakan diperlukan serta bagi memulakan proses permohonan online anda. Didoakan semoga anda berjaya!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!