Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


3 Jawatan Kosong University of Nottingham Bulan November 2013

University of Nottingham
Jawatan Kosong University of Nottingham November 2013.

Tarikh tutup: 15, 17 dan 22 November 2013.

Kampus Malaysia adalah merupakan sebahagian daripada The University of Nottingham, UK dan menawarkan pelajar pengalaman belajar di Nottingham dalam suasana Asean. The University of Nottingham sebuah institusi global yang berkhidmat untuk masyarakat antarabangsa: inovasi pengajaran, kaedah penilaian serta budaya pembelajaran yang menggalakkan pemikiran bebas dan kreatif.

Standard kualiti The University of Nottingham juga antara yang terbaik di dunia. The University of Nottingham memenangi anugrah penyelidikan dan reputasi penbelajaran yang kuat di Malaysia. Majoriti staff akademik kanan dilantik daripada kampus induk The University of Nottingham di UK. Kakitangan yang berkaliber tinggi turut diambil daripada Malaysia dan luar negara. Ciri penyelidikan adalah salah satu daripada pra-syarat bagi kakitangan akademik diambil. Ini bagi memastikan pelajar didedahkan dengan kedua-dua aspek - teori dan praktikal.

Penyelidikan dan kurikulum The University of Nottingham, hubungan dengan lain-lain universiti dan kolaborasi dengan organisasi dalam dan luar negara mewujudkan persekitaran yang intelektual dan keusahawanan. Profail dan keterampilan pelajar-pelajar mencerminkan status bertaraf dunia di The University of Nottingham. Di kampus-kampus University of Nottingham pelajar pelbagai bangsa, budaya dan latar belakang pendidikan akan ditemui. Di Malaysia, The University of Nottingham kini mempunyai lebih daripada 2,700 pelajar daripada lebih 50 negara - kepelbagaian yang merangsang keseronokan belajar dan menambah warna hidup pelajar.

The University of Nottingham in Malaysia Sdn Bhd mempersilakan calon yang sesuai dengan kelayakan dan memenuhi semua kriteria yang diperlukan agar membuat permohonan bagi mengisi kekosongan yang ditawarkan seperti berikut yang berlokasi di Semenyih, Selangor:


Cara memohon:

a) Permohonan jawatan kosong The University of Nottingham in Malaysia Sdn Bhd ini adalah secara atas talian / online sahaja yakni melalui portal jobstreet.

b) Pemohon kali pertama dikehendaki mendaftar akaun permohonan. Manakala pemohon sedia ada boleh login untuk meneruskan permohonan.

c) Klik mana-mana nama jawatan kosong University of Nottingham yang dinyatakan di atas untuk melihat bidang tugas dan kelayakan diperlukan serta bagi memulakan proses permohonan online anda. Didoakan semoga anda berjaya!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!