4 Jawatan Kosong (FGV) Felda Global Ventures Bulan Disember 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

4 Jawatan Kosong (FGV) Felda Global Ventures Bulan Disember 2013

(FGV) Felda Global Ventures
Jawatan Kosong (FGV) Felda Global Ventures Disember 2013.

Tarikh tutup: 07 Disember 2013.

Diperbadankan di Malaysia sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2007. (FGV) Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) pada mulanya beroperasi sebagai syarikat komersial milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Namun, pada 28 Jun 2012, Syarikat telah disenaraikan di pasaran utama papan Bursa Malaysia Securities Berhad sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Hari ini, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) berada di kedudukan antara top 25 syarikat-syarikat di Bursa Malaysia dengan modal pasaran berjumlah RM16.6 billion. FELDA Global Ventures Holdings Berhad menggunakan hampir 19,000 tenaga pekerja menerusi 44 syarikat subsidiarinya di lebih sepuluh negara.

(FGV) Felda Global Ventures mempelawa permohonan daripada calon yang berminat, berkelayakan dan gigih berusaha untuk menyertai organisasi FGV dengan mengisi kekosongan jawatan di bawah:


Cara memohon:

a) Permohonan jawatan kosong (FGV) Felda Global Ventures ini hanya boleh dibuat secara online melalui portal jobstreet sahaja.

b) Bagi pemohon kali pertama jawatan kosong (FGV) Felda Global Ventures menerusi portal jobstreet, anda adalah dimestikan mendaftar akaun permohonan di dalam portal pekerjaan tersebut. Manakala bagi pemohon sedia ada, anda boleh terus login untuk meneruskan permohonan.

c) Klik mana-mana nama jawatan kosong Felda Global Ventures Holdings yang dinyatakan di atas untuk melihat bidang tugas dan kelayakan yang diperlukan seterusnya untuk memulakan proses permohonan secara online anda. Didoakan semoga anda berjaya!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!