Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


5 Jawatan Kosong Domino’s Pizza Bulan November 2013

Domino’s Pizza Malaysia
Jawatan Kosong Domino’s Pizza Malaysia November 2013.

Tarikh tutup: 16, 20 21 dan 22 November 2013.

Domino's Pizza bermula dengan di sebuah kedai yang dipanggil "DomiNock" yang dibeli oleh sdua beradik iaitu Tom dan James Monaghan dengan harga $500 pada tahun 1960. Kemudiannya, James menjual bahagian beliau dalam perniagaan ini kepada Tom pada tahun 1965, dan sebagai pemilik tunggal, Tom menamakan semula kedai tersebut sebagai Domino.

Pada 1983, terdapat lebih 1,000 kedai Domino dan pada tahun yang sama Domino membuka kedai antarabangsa pertamanya di Winnipeg, Canada diikuti kedai pertamanya di benua Australasian di Queensland, Australia pada tahun yang sama. Pada tahun 1989 Domino's mempunyai sebanyak 5,000 kedai dalam operasinya, menjadikannya Syarikat pizza paling cepat berkembang di dunia dengan rangkaian di UK, Jepun dan Amerika Selatan. Hari ini, Domino's Pizza mengendalikan rangkaian lebih daripada 9,000 kedai dan francais seluruh Amerika Syarikat.

Domino's adalah peneraju dalam industri produk berkualiti dan kecemerlangan operasi. Di Malaysia, Kedai Pizza Domino pertama telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1997 oleh Encik Tom Monaghan, pengasas Domino Pizza Inc. Sekarang ini terdapat lebih 100 kedai yang beroperasi di Malaysia dan berkembang secara agresif.

Domino’s Pizza membuka permohonan kepada seluruh warganegara yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai suasana kerja yang kondusif serta sihat bersama mereka dengan mengisi kekosongan jawatan ditawarkan di bawah:


Cara memohon:

a) Permohonan  jawatan kosong Domino’s Pizza Malaysia ini adalah secara atas talian / online sahaja yakni melalui portal jobstreet.

b) Pemohon kali pertama dikehendaki mendaftar akaun permohonan. Manakala pemohon sedia ada boleh login untuk meneruskan permohonan.

c) Klik mana-mana nama jawatan kosong Domino’s Pizza yang disenaraikan di atas untuk melihat bidang tugas dan kelayakan diperlukan serta bagi memulakan proses permohonan online anda. Didoakan semoga anda berjaya!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!