6 Jawatan Kosong Sekolah Menengah Islam Hidayah Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

6 Jawatan Kosong Sekolah Menengah Islam Hidayah Bulan November 2013

Sekolah Menengah Islam Hidayah
Jawatan Kosong Sekolah Menengah Islam Hidayah November 2013.

Tarikh tutup: 10 November 2013.

Sekolah Menengah Islam Hidayah adalah merupakan sebuah sekolah yang berada di bawah naungan Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) adalah pusat pendidikan swasta yang tidak berorentasikan keuntungan, segala operasi dan pembangunan Pusat Pendidikan Hidayah adalah hasil daripada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. Pusat Pendidikan Hidayah ditubuhkan semata-mata untuk memberi sistem pendidikan alternatif berteraskan Islam yang diuruskan secara professional. Pusat Pendidikan Hidayah menguruslam dua buah institusi pendidikan iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

Sekolah Rendah Islam Hidayah telah ditubuhkan pada tahun 1989. Bermula dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai, Johor Bahru.   Pada tahun 1990, pelajarnya telah meningkat kepada 65 orang dan ini memaksa operasi SRIH dipindahkan ke sebuah rumah banglo di Taman Dawani, Senai, Johor.

Pada tahun 1991, Sekolah Rendah Islam Hidayah telah berpindah ke tapak tetapnya dengan tenaga kerja ketika itu seramai 11 orang, mendidik pelajar seramai 87 orang. Sejak berpindah ke tapak tetapnya, Sekolah Rendah Islam Hidayah semakin dikenali ramai dan menjadi antara pilihan ibu bapa sekitar Johor Bahru dan Singapura untuk menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan. Sehingga tahun 2000, pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah telah bertambah pada kadar 37% setahun.

Perkembangan memberangsangkan Sekolah Rendah Islam Hidayah telah meyakinkan Lembaga Pemegang Amanah (BOT) untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah. Pada sessi persekolahan 1995/1996 Sekolah Menengah Islam Hidayah telah ditubuhkan dengan jayanya. Setelah 2 tahun beroperasi, Menengah Islam Hidayah mendapat sambutan di luar jangkaan. Kini kedua-dua buah sekolah ini telah diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Sekolah Islam Hidayah.

Pusat Pendidikan Hidayah ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang didaftarkan di bawah Pendaftar Syarikat (ROC) atas nama Pusat Pendidikan Hidayah Berhad (525008-P), selaku pemilik kepada sekolah.  Pusat Pendidikan Hidayah Berhad didaftarkan sebagai "non profit making company".
Adalah dimaklumkan bahawasanya Sekolah Menengah Islam Hidayah sedang menawarkan beberapa jawatan kosong dan permohonan adalah dipelawa daripada seluruh Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat, beriman dan ikhlas untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang disenaraikan di bawah:

01. Guru Tahfiz
02. Guru Diniah
03. Guru Kimia
04. Guru Fizik
05. Guru Bahasa Arab (*fasih berbahasa Arab)
06. Guru Sejarah

Cara memohon:

a) Calon yang berminat dikehendaki menghantar resume, surat permohonan dan salinan dokumen serta sijil (yang telah disahkan) kepada:

Pn Masini bte Abd Latif
Pegawai Tadbir Sekolah Menengah
PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH BHD

Kg. Sinaran Baru,
Km 26, Jalan Johor Bahru,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim.

b) Iklan asal jawatan kosong Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) ini (termasuk syarat lantikan) boleh dicapai melalui pautan yang disertakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!