Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


8 Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam Bulan Disember 2013

Majlis Daerah Sabak Bernam
Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam Disember 2013.

Tarikh tutup: 03 Disember 2013.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada dua belas Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran.

Pengisytiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran tiga buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan: Pekan Sekinchan, Pekan Sungai Besar, Pekan Sabak Bernam, Pekan Bagan Terap, Pekan Sungai Haji Dorani, Pekan Sungai Nibong, Pekan Simpang Lima, Kg. Kian Sit (Sekinchan Site ‘A’), Pekan Parit Baru, Pekan Sungai Air Tawar, Pekan Pasir Panjang dan Pekan Bagan Nakhoda Omar.

(MDSB) Majlis Daerah Sabak Bernam mempelawa calon yang berminat dan komited untuk berkhidmat agar memohon jawatan kosong yang disenaraikan di bawah:

01. Jurutera J41
02. Akauntan W41
03. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
04. Penolong Pegawai Senibina J36
05. Penolong Pegawai Penilaian W32
06. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32
07. Pembantu Tadbir N22
08. Pembantu Penguatkuasa N22

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi pautan berikut:


b) Borang- borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang dan mestilah disertakan dengan salinan (fotostat) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran,  salinan lesen memandu dan Sijil- Sijil Persekolahan,  kelulusan akedemik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan), transkip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran pasport. Setiap permohonan mesti di masukan kedalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. Hendaklah disertakan bersama sampul surat (4 1/2" x 9 1/2") beralamat sendiri beserta setem 0.60 sen.

c) Iklan asal jawatan kosong Majlis Daerah Sabak Bernam ini boleh dicapai melalui pautan yang disertakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!