Jawatan Kosong (KEDA) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong (KEDA) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Bulan November 2013

(KEDA) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
Jawatan Kosong (KEDA) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah November 2013.

Tarikh tutup: 24 November 2013.

(KEDA) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah telah ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan objektif utama untuk membantu  mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur di kawasan operasi KEDA.

Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan  kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) seperti berikut:

01. Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17/N27

Cara memohon:

a) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang boleh didapati melalui laman web www. keda.gov.my atau melalui pautan yang kami sertakan di bawah:


b) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

c) Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

d) Iklan asal jawatan kosong KEDA ini boleh dibaca melalui pautan yang disertakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!