Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong KEJORA Bulan November 2013

KEJORA
Jawatan Kosong KEJORA November 2013.

Tarikh tutup: 06 November 2013

Objektif Lembaga Kemajuan Johor Tenggara berdasarkan kepada tiga objektif "Dasar Ekonomi Baru" iaitu mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Johor Tenggara.

Misi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ialah  Menerajui Pembangunan Wilayah Johor Tenggara Melalui Pemerkasaan Modal Insan dan Pemapanan Ekonomi Secara Strategik dan Berkesan. Sementara, Visi KEJORA adalah untuk Menjadikan Wilayah Makmur dan Sejahtera Pada Tahun 2020.

Kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong diiklankan sebagaimana di bawah:

01. Penolong Jurutera (Kontrak)

Cara memohon:

a) Permohonan hanya boleh dibuat melalui Laman Web KEJORA di alamat www.kejora.gov.my iaitu pada pautan e-Perjawatan atau di alamat yang sertakan di bawah:


b) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah membawa surat sokongan Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini semasa menghadiri temuduga.

c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 November 2013

d) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

e) Hanya Calon Yang Layak Selepas Tapisan Sahaja Akan Dipanggil Untuk Ditemuduga.

f) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.

g) Sila berhubung dengan En Mus-Irwan bin Misroom, Pn Norizan bt Adam atau Cik Rozeenanie binti Ismail untuk sebarang pertanyaan ditalian 07-8843000.

H) Baca iklan asal jawatan kosong KEJORA ini di pautan yang disediakan di bawah:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!