Jawatan Kosong (LPSVN) Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Jawatan Kosong (LPSVN) Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Bulan November 2013

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara November 2013.

Tarikh tutup: 25 November 2013.

Sejarah (LPSVN) Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara bermula hasil daripada rentetan penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Bilamana idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard dan Frank Sullivan. Berikutan Laporan Tahunan BSLN 1974 – 1975 dan Laporan Tahunan Muzium Seni Negara 1979, Lembaga Amanah BSLN akhirnya dibentuk pada 03 Jun 1958.

Pada 27 Ogos 1958, sebuah bangunan dua tingkat yang berada di lokasi di No. 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (bersebelahan bangunan parlimen pertama Malaysia) pada waktu itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu, telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menempatkan secara rasmi institusi Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah BSLN dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.

(LPSVN) Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf pembekal khidmat jawatan melalui satu perjanjian/ kontrak dari setahun ke setahun berdasarkan keperluan sebagai:

01. Pegawai Penerangan (Kontrak)

Cara memohon:

a) Permohonan hendakah dibuat dengan menggunakan BORANG LPSVN 1/94 (Pindaan 2013) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan LPSVN atau boleh dimuat turun daripada pautan yang kami sediakan di bawah:


b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. Sila hantar ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan))

d) Iklan asal jawatan kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara boleh dibaca melalui pautan ini:


----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!