Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong (SYABAS) Syarikat Bekalan Air Selangor Bulan November 2013

Jawatan Kosong SYABAS
Jawatan Kosong (SYABAS) Syarikat Bekalan Air Selangor November 2013.

Tarikh tutup: 30 November 2013.

(SYABAS) Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ialah sebuah syarikat berkait kerajaan Selangor yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pembekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. SYABAS telah ditubuhkan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 dan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) adalah subsidiari bagi syarikat SYABAS. Pengerusi eksekutif SYABAS adalah Tan Sri Rozali Ismail.

Melalui perjanjian konsesi yang bertarikh 15 Disember 2004 di antara SYABAS, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan dan kerajaan persekutuan, SYABAS telah diberikan satu tempoh selama tiga puluh (30) tahun. Bermula pada 01 Januari 2005, dimana SYABAS telah mengambil alih semua fungsi dan peranan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) di dalam kawasan bekakan air dan pengagihan bekalan air kepada pelanggan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan lebih 7.3 juta termasuk industri dan pengguna komersil menerusi 1.52 juta akaun pengguna menjadikan ia sebenarnya merupakan usaha penswastaan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

(SYABAS) Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd mempelawa calon yang mempunyai sijil kompeten, pendedahan dan kemahiran kawalan motor elektrik untuk memohon jawatan kosong yang sedang diiklankan pada ketika ini:


Cara memohon:

a) Permohonan jawatan kosong (SYABAS) Syarikat Bekalan Air Selangor ini hanya boleh dibuat secara online melalui portal SYABAS sahaja.

b) Bagi pemohon kali pertama jawatan kosong (SYABAS) Syarikat Bekalan Air Selangor menerusi portal SYABAS, anda adalah dimestikan mendaftar akaun permohonan di dalam portal tersebut. Manakala bagi pemohon sedia ada, anda boleh terus login untuk meneruskan permohonan.

c) Klik nama jawatan kosong (SYABAS) Syarikat Bekalan Air Selangor yang dinyatakan di atas untuk melihat bidang tugas dan kelayakan yang diperlukan seterusnya untuk memulakan proses permohonan secara online anda. Didoakan semoga anda berjaya!

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!