Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Jawatan Kosong UiTM Kelantan Bulan November 2013

UiTM Kelantan
Jawatan Kosong UiTM Kelantan November 2013.

Tarikh tutup: 29 November 2013.

Universiti Teknologi MARA Kelantan Kampus Machang yang dahulunya dikenali dengan Institut Teknologi MARA, kampus cawangan yang ke 9 telah dirasmikan penubuhannya pada 01 Julai 1985 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Mohamad bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.

Penubuhan UiTM Kelantan adalah hasil daripada kerjasama erat di antara pihak UiTM dengan Kerajaan Pusat. Hasil daripada kerjasama ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 12 ekar di Kem Kijang yang terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Kota Bharu yang dimiliki oleh Majlis Pengakap Negeri Kelantan.

Kerja-kerja mengubahsuai beberapa bangunan lama dan pembinaan bangunan baru telah dibiayai oleh Kerajaan Pusat dengan menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta.

UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan KONTRAK seperti yang diiklankan di bawah:

01. Penolong Pegawai Perubatan U29

Cara memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b) Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari sesawang UiTM (Kelantan).

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

d) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

f) Sila kemukakan permohonan yang telah dilengkapkan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
(UNIT PENGURUSAN PERJAWATAN-PENTADBIRAN)
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN
BUKIT ILMU
18500 MACHANG
KELANTAN DARUL NAIM
No. Tel : (09) 9762015/2068/2011/2012/2013/2014

g) Iklan asal jawatan kosong UiTM Kelantan ini boleh dibaca melalui pautan yang disediakan di bawah:


----------------------

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!