Temuduga Terbuka KL Airports Services Bulan November 2013 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Temuduga Terbuka KL Airports Services Bulan November 2013

KL Airports Services
Temuduga Terbuka KL Airports Services November 2013.

Tarikh tutup: Sila rujuk di bawah.

KL Airport Services Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai KLAS ditubuhkan pada Februari 1995 sebagai pengendali bebas yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelbagai syarikat penerbangan komersial yang beroperasi melalui Lapangan Terbang Malaysia.

Disokong oleh konglomerat terkenal DRB-HICOM, KLAS menawarkan kualiti tertinggi, kecekapan dan paling penting kepuasan pelanggan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut: Perkhidmatan pengendalian darat, Perkhidmatan pengendalian kargo, Perkhidmatan katering In-Flight dan perkhidmatan penyelenggaraan & Kejuruteraan pesawat

KL Airport Services Sdn Bhd akan mengadakan dua temuduga terbuka untuk sepanjang bulan November ini, berikut adalah butiran penuh temuduga tersebut:

Temuduga Terbuka Pertama:

01. PEMBANTU GUDANG (WAREHOUSE AGENT)
02. OPERATOR PENGENDALIAN PERALATAN DARAT(GSE OPERATOR)

TARIKH TEMUDUGA TERBUKA:
08 NOVEMBER 2013 (JUMAAT)

MASA :
0830 PAGI HINGGA 1200 TENGAH HARI


Temuduga Terbuka Kedua:

01. PASSENGER BOARDING BRIDGE OPERATOR (PBB OPERATOR)

TARIKH TEMUDUGA TERBUKA:
10 OKTOBER 2013 (KHAMIS)

MASA :
0900 PAGI HINGGA 1200 TENGAH HARI

Kedua-dua sesi temuduga terbuka tersebut akan di adakan di lokasi berikut:

KL AIRPORT SERVICES SDN BHD
IBUPEJABAT/KATERING
JALAN KLIA S6
ZON SOKONGAN SELATAN
64000 KLIA, SEPANG
SELANGOR

Syarat-syarat kelayakan:

-Minima Lulus SPM / SPVM / SAP / STPM atau SKM
-Lelaki
-Umur 20 -35 tahun
-Warganegara Malaysia
-Sihat tubuh badan
-Boleh bekerja Shif
-Memiliki lesen memandu kelas D atau B2
-Lokasi kerja : KLIA

Diwajibkan membawa perkara-perkara berikut:

-SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN ASAL & SALINAN SERTA LAIN-LAIN BERKAITAN

-SALINAN KAD PENGENALAN & LESEN MEMANDU

-SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT

Nota:
TIDAK DIBENARKAN MASUK UNTUK TEMUDUGA jika Berpakaian T-shirt, Seluar Jeans, Selipar/Sandal, Berambut Panjang & Tidak Kemas.

----------------------

P/s: Bagaimana kalau penemuduga tiba-tiba bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris? Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini? Anda patut tahu bagaimana untuk menguasai perbualan dalam bahasa Inggeris yang menarik minat bakal majikan! Semuanya ada dibincangkan di sini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!